45Please respect copyright.PENANAaWVk1G1EaE
Hujan renyai-renyai membasahi pekan Sungai Petani pagi itu. Deretan rumah teres dua tingkat di Taman Ria Jaya kelihatan sunyi, hanya sesekali bunyi motosikal memecah suasana.
Jamilah sedang menyidai baju di ampaian dengan mengenakan baju tidur kaftan yang nipis kerana dia tahu rumah sebelahnya kosong dan rumahnya paling hujung sekali.
Sudah lima tahun dia bergelar isteri kepada Aiman.
Lima tahun yang dipenuhi kesabaran.
Lima tahun yang dipenuhi doa.
Namun rumah tangga mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
Di ruang tamu, jam dinding menunjukkan pukul 10 pagi.
Telefon bimbit di atas meja berbunyi.
Abang balik lambat sikit hari ni. Banyak kereta nak siap petang ni.
Pesanan ringkas itu dibaca berkali-kali oleh Jamilah sebelum dia membalas pendek.
Baik abang. Hati-hati.
Dia tahu suaminya bekerja keras. Bengkel kereta milik tauke Cina di kawasan perindustrian hampir tidak pernah sunyi pelanggan. Aiman pula terkenal sebagai mekanik yang cekap. Kadang-kadang sampai lewat malam dia berada di bengkel.
Namun sejak kebelakangan ini, Jamilah mula terasa seperti hidup seorang diri di dalam rumah itu.
Pagi Aiman keluar awal.
Malam pula pulang lewat.
Kadang-kadang mereka hanya sempat berbual beberapa minit sebelum tidur.
Jamilah menarik nafas panjang. Dia cuba mengusir rasa sepi yang makin lama makin mencengkam hati.
Sedang dia baring di sofa.
Jamilah menjenguk melalui langsir.
Seorang lelaki tinggi berkemeja putih sedang menurunkan kotak dari belakang lori. Kulitnya cerah sawo matang, rambut hitam kemas, dan janggut nipis menghiasi wajahnya. Walaupun kelihatan penat, lelaki itu tetap tersenyum kepada pekerja lori yang membantunya.
Tak lama kemudian, mata mereka bertentang.
Jamilah cepat-cepat mengalihkan pandangan.
“Jiran baru ke…” gumamnya.
Beberapa minit kemudian, loceng rumah berbunyi.
Jamilah membuka pintu dengan berhati-hati.
Lelaki tadi berdiri sambil memegang sebuah bekas plastik kecil.
“Assalamualaikum,” tegurnya dengan pelat asing tetapi sopan. “Saya jiran baru sebelah. Nama saya Rafiq Khan.”
“Waalaikumussalam…” jawab Jamilah perlahan.
“Saya minta maaf ganggu pagi-pagi macam ni. Saya baru pindah, elektrik dapur belum siap. Saya nak pinjam air panas kalau boleh.” Ujar Rafiq yang fasih berbahasa melayu.
Jamilah teragak-agak seketika sebelum tersenyum kecil.
“Boleh. Tunggu sekejap ya.”
Dia masuk ke dapur dan mengisi termos kecil dengan air panas. Ketika kembali ke pintu, Rafiq masih berdiri sopan di luar pagar.
“Terima kasih banyak,” katanya sambil menerima termos itu. “Saya baru kerja di kilang dekat sini. Operation Manager. Dah 3 bulan di Malaysia.”
“Oh…”
“Puan tinggal seorang?”
Soalan itu membuatkan Jamilah sedikit tidak selesa.
“Suami saya belum balik kerja.”
Rafiq segera mengangguk.
“Saya faham. Maaf kalau saya terlebih tanya.”
Jamilah hanya mengangguk perlahan.
Sebelum beredar, lelaki itu sempat berkata, “Kalau perlukan bantuan apa-apa, boleh panggil saya.” Dia sempat memerhati tubuh badan Jamilah yang seksi itu kerana baju kaftan itu sangat nipis dan Jamilah yang mengetahui dia di tenung oleh Rafiq hanya mendiamkan dirinya.
Pintu rumah ditutup kembali.
Namun entah kenapa, kata-kata itu terngiang-ngiang dalam fikiran Jamilah lebih lama daripada yang sepatutnya.
"Besar juga kakak tu punya tetek, badan pun cantik tapi sayang dah kahwin" kata Rafiq dalam hati yang masih tidak dapat lupakan Jamilah.
Pukul 11 malam barulah bunyi enjin motosikal Aiman kedengaran di luar rumah.
Jamilah segera bangun dari sofa. Dia melihat suaminya melangkah masuk dengan wajah berminyak hitam dan pakaian bengkel yang kotor.
“Abang dah makan?” tanya Jamilah lembut.
Aiman menggeleng sambil membuka kasut.
“Penat sangat hari ni…”
Jamilah cepat-cepat memanaskan lauk.
Namun ketika dia meletakkan pinggan di meja, Aiman sudah tertidur di sofa dengan kepala tersandar.
Jamilah memandang suaminya lama.
Lelaki itu tetap lelaki yang dicintainya sejak dahulu.
Tetapi dalam diam, dia mula merasa kehilangan sesuatu yang sukar dijelaskan.
Di luar rumah, lampu tingkat atas rumah sebelah masih menyala.
Dan tanpa sedar, kehidupan mereka bakal berubah sedikit demi sedikit.
ns216.73.216.217da2


