53Please respect copyright.PENANAhEvf9dl51v
53Please respect copyright.PENANAI9Bq0DAXxpPagi Selasa itu sepatutnya menjadi rutin biasa buat Hafiz. Di usianya yang mencecah 30 tahun, dia merasakan hidupnya sudah cukup sempurna. Kerjaya yang stabil dan yang paling utama, seorang isteri muda yang jelita.53Please respect copyright.PENANAgVkEWfT7Zr
Maya. Usianya baru 25 tahun. Orangnya manja, bertutur lembut, dan sentiasa menjaga penampilannya. Sepanjang dua tahun perkahwinan mereka, tidak pernah sekalipun terlintas di fikiran Hafiz bahawa bidadarinya itu mampu menyembunyikan rahsia gelap.53Please respect copyright.PENANAGYurAd2HVq
Namun, takdir seolah-olah mahu menelanjangkan sebuah kebenaran pada pagi itu.53Please respect copyright.PENANAmLW67SqfcZ
Kereta milik Hafiz tiba-tiba meragam. Enjinnya langsung tidak mahu dihidupkan biarpun sudah berkali-kali dicuba. Sambil meraup wajahnya yang mula berpeluh, Hafiz mendaki semula anak tangga menuju ke bilik tidur mereka. Maya masih berselubung di bawah selimut tebal, lena diulit mimpi.53Please respect copyright.PENANAZudT9GEU7j
"Sayang..." kejut Hafiz lembut, mengusap bahu isterinya yang terdedah. "Kereta abang rosaklah. Abang pinjam kereta Maya hari ni ya?"53Please respect copyright.PENANAlPz9Gho8GK
Maya hanya menggeliat kecil, matanya masih terpejam rapat. "Hmm... kuncinya ada atas meja solek tu, bang. Hati-hati bawa," balasnya dengan suara serak basah sebelum kembali membelakangi Hafiz.53Please respect copyright.PENANA3CUk3LjIU9
Hafiz tersenyum kecil. Dia mencium dahi isterinya sebelum bergegas turun bersama kunci kereta Honda Civic putih milik Maya.53Please respect copyright.PENANAS6sAQgSsGX
Sebaik sahaja pintu kereta dibuka dan Hafiz melabuhkan punggung di kerusi pemandu, dahi lelakinya automatik berkerut. Deria baunya yang tajam menangkap satu aroma yang cukup asing.53Please respect copyright.PENANAMQTyPAPzml
Ruang dalaman kereta Maya biasanya sentiasa harum dengan pewangi Vanilla Musk yang manis. Tetapi hari ini, bau itu tenggelam. Ia diganti dengan satu bau hapak yang pelik. Bau peluh. Dan lebih mengejutkan... ada sisa bau minyak wangi maskulin yang cukup kuat, seolah-olah ada lelaki lain yang menghabiskan masa berjam-jam di dalam kenderaan ini.53Please respect copyright.PENANAJQumvXbYrw
Hafiz cuba menepis prasangka buruk. Mungkin Maya tumpangkan rakan sekerjanya semalam, pujuk hatinya. Dia memasukkan gear dan mula memandu keluar dari perkarangan rumah.53Please respect copyright.PENANA7INa399nC4
Ketika berhenti di lampu isyarat pertama, telefon pintar Hafiz yang diletakkan di atas paha tiba-tiba tergelincir dan jatuh ke celah tempat duduk penumpang di sebelah kiri.53Please respect copyright.PENANAtA794nwDRf
"Aduhai, waktu nilah nak jatuh," keluhnya.53Please respect copyright.PENANABoi7Yyvo2n
Hafiz membongkok sedikit, menyeluk tangannya jauh ke ruang gelap di bawah dan di celah tepi kerusi penumpang. Sedang jari-jemarinya meraba-raba mencari permukaan telefon, dia tersentuh sesuatu.53Please respect copyright.PENANAbfd7S3x9nk
Sesuatu yang menjijikkan.53Please respect copyright.PENANAtM0lR3HkCo
Teksturnya basah, sejuk, dan sangat melekit.53Please respect copyright.PENANA9mDkMWUJnT
Hafiz segera menarik tangannya keluar. Lampu isyarat bertukar hijau, tetapi keretanya kekal kaku di situ. Matanya terpaku pada hujung jari telunjuk dan jari tengahnya. Cahaya matahari pagi yang menerobos masuk melalui cermin tingkap mendedahkan realiti yang membuatkan dunia Hafiz seakan-akan terhenti berputar.53Please respect copyright.PENANAKWTEMhgrRT
Terdapat sisa lendir putih likat yang masih belum kering sepenuhnya.53Please respect copyright.PENANA3BIXU8FUAH
Darah Hafiz berderau hebat. Jantungnya yang tadi berdegup normal kini berdetak gila bagai dihentam belantan bertubi-tubi. Dia seorang lelaki dewasa. Dia tahu benar apa yang sedang melekat di jarinya saat ini. Otaknya menjerit menafikan, tetapi matanya tidak boleh ditipu. Bau hanyir yang datang dari lendir itu mengesahkan ketakutan terbesarnya.53Please respect copyright.PENANAdTvkIlnOcB
Itu... air mani.53Please respect copyright.PENANAJTSdvUZ3zd
Nafas Hafiz tersekat di kerongkong. Bunyi hon kenderaan di belakang yang bertalu-talu langsung tidak dihiraukannya. Tangan kirinya yang masih bersih pantas menekan butang lampu kecemasan.53Please respect copyright.PENANASD5fc76jTS
Dia menoleh ke arah tempat duduk penumpang dengan mata yang terbeliak. Di atas fabrik kerusi itu, terdapat beberapa tompokan air yang sudah separuh mengering. Fikirannya mula memainkan senario liar yang mengoyakkan kewarasannya.53Please respect copyright.PENANAFLRPT011ni
Apa yang berlaku dalam kereta ini semalam? Maya memberitahunya dia hanya keluar sebentar ke pasar raya untuk membeli barang dapur. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa setengah jam, meleret hingga ke tiga jam. Alasan Maya semalam; jalan sesak teruk kerana kemalangan.53Please respect copyright.PENANAzjazbacb3G
Tangan Hafiz menggigil teruk. Dia mencapai tisu dan mengelap jarinya dengan kasar, seolah-olah mahu menyental kulitnya sendiri. Nafasnya turun naik menahan amarah yang mula membuak di dada.53Please respect copyright.PENANAKgMr2ZoIYX
Tiba-tiba, matanya menangkap pantulan sesuatu yang berkilat, terselit jauh di celah lipatan kerusi yang dicapainya tadi.53Please respect copyright.PENANAYGSHaLTM1A
Hafiz menarik objek itu keluar. Sebutir butang kemeja cufflink berwarna perak dengan ukiran huruf 'R'.53Please respect copyright.PENANAbw7RiYBNsI
Hafiz kenal benar dengan cufflink eksklusif itu. Malah, dia sendiri yang meneman si pemakainya membeli butang itu sebulan yang lalu. Ia milik Reza—kawan baiknya sendiri.53Please respect copyright.PENANAiKwFZD1goh
Dunia Hafiz gelap gelita.
Ok, bersambung..
ns216.73.217.20da2


