Senja mulai tiba, matahari perlahan-lahan tenggelam di ufuk barat, mewarnai langit dengan warna jingga yang mempesona sebelum menghilang ke bahagian bumi yang lain. Pemandangan senja di kawasan bukit itu kelihatan sungguh mendamaikan, dengan bukit-bukit yang menghijau, pohon-pohon yang rendang, dan langit yang keemasan.
Waktu telah menunjukkan jam enam tiga puluh petang. Beberapa pekerja binaan warga negara Indonesia, kelihatan sedang mengemas dan menyiapkan kerja-kerja yang masih tergendala di sebuah villa mewah yang sedang diubah suai di puncak bukit itu.
"Fuhhh... segarnya! Weih, siapa lagi nak mandi ni!" Parjo bertanya sambil mengelap rambutnya dengan tuala yang tergantung di lehernya. Dia keluar dengan tanpa memakai baju, menampakkan sosok dadanya yang bidang, dengan hanya memakai seluar panjangnya sahaja.
"Aku dulu lah, dah panas betul ni dari tadi," kata seorang lagi pekerja binaan yang mukanya agak berparut.
"Hei, hei, aku dulu lah! Kau mandi macam perempuan, lama nak mati, penat lah nak tunggu kau!" celah seorang lagi pekerja yang agak kurus dan berkumis nipis.
"Kalau macam tu, kita mandi sama-sama je lah, kalau dah tak sabar nak tunggu, sek kito mandi lanje!" balas si muka berparut.
"Gila apa, takkan nak mandi telanjang dengan jantan lain, Apa kata orang nanti?!" jawab si kurus sambil berjalan masuk ke dalam. "Dah, dah, aku dulu lah!"
"Hoi, hoi, cukup-cukup! Macam budak kecik pula berebut nak mandi!" Parjo, mandur yang mengetuai kumpulan pekerja itu, bercekak pinggang sambil menegur anak buahnya.
Seorang lagi yang sedang mengemas peralatan binaan, hanya tersenyum-senyum melihat telatah kawan-kawannya bergaduh. Pada saat itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna merah, membelok masuk ke pekarangan villa yang terletak di seberang jalan, lantas mengalihkan perhatian keempat-empat buruh binaan itu yang sedang berebut mengambil giliran untuk mandi tadi.
Mereka terpaku ketika pintu kereta bahagian pemandu terbuka dan keluar seorang gadis cantik berkaca mata hitam dengan rambut diikat ke belakang. Pakaian gadis itu amat menjolok mata, hanya memakai singlet merah jambu dan seluar pendek ketat yang mendedahkan hampir keseluruhan paha jenjang dan putih mulus.
Pintu sebelah dan belakang turut terbuka, dan keluar tiga gadis lain yang tidak kurang cantiknya. Salah seorang daripada mereka adalah gadis berambut perang, seakan seperti berdarah kacukan. Kesemua mereka kelihatan dalam lingkungan usia awal dua puluhan, atau mungkin lebih muda. Pakaian mereka santai dan cukup menggoda pandangan setiap lelaki yang memandang.
Melihat gaya mereka, jelas mereka kelihatan seperti pelajar universiti dari keluarga berada yang datang untuk bercuti di villa tersebut. Gelak tawa kecil gadis-gadis muda itu bergema sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari kenderaan. Gadis berkaca mata hitam tadi melemparkan kunci kepada salah seorang rakan yang berambut lurus panjang dan menyuruhnya membuka pintu, sementara dia berjalan ke belakang kenderaan untuk membuka bonet.
Keempat-empat buruh kasar itu semakin terpesona apabila gadis itu menolak naik kaca matanya dan memperlihatkan sepasang mata yang begitu memikat, dan lebih memeranjatkan, ketiga-tiga gadis itu sempat melemparkan pandangan serta senyuman ke arah mereka yang membuatkan jantung mereka seakan mahu tercabut. Gadis itu tersenyum manis, mengusik dari jauh, sebelum mengangkat beg pakaian dari bonet kereta.
"Gila betul, badan awek tu cantik gila, rasa nak cubit je!" kata si kurus sambil terus memerhati ke arah villa di seberang jalan.
"Paha dia tu licin betul, kalau pegang entah macam mana rasanya, mesti lembut gila kan." ujar pekerja yang memakai topi caping, yang terakhir mengemas peralatan tadi.
"Siap ada gadis kacukan mat saleh sekali tu, Aduh... kalaulah dapat mandi dengan dia, fuh!" si muka berparut menggeleng-gelengkan kepala, mula berfantasi.
"Eh, cukup-cukup lah tu! Asyik berangan je kamu semua ni. Pergi mandi cepat, dah nak malam ni!" Parjo memutuskan lamunan nakal anak buahnya, sambil cuba menjaga air mukanya setelah gadis itu masuk ke dalam.
"Hahaha, bos pun tadi usha lain macam je, jangan nak sorok lah, mengaku je lahh!" usik si muka berparut.
"Kurang ajar, nanti aku potong gaji kau nanti baru tahu!" balas Parjo.
Si muka berparut segera berlari masuk ke dalam sambil ketawa. Parjo mengambil bajunya dan memakainya, kemudian menyelitkan sebatang rokok di bibirnya yang tebal. Dalam kepalanya, bayangan tubuh seksi dan wajah cantik gadis-gadis villa seberang itu masih menari-nari didepan matanya.
"Malam ni kita bermalam kat sini je lah kot, lagi seronok kan, Jo? hahaha!" kata si topi caping sambil menepuk bahu Parjo dan duduk di sebelahnya.
"Huh, pandai je kau cakap.. seronok konon. Ada nanti yang susah nak lelap sebab asyik terbayang anak dara seberang tu!" balasnya sambil menghembuskan asap rokok dari mulutnya.
Sudah lima hari Parjo dan anak buahnya bekerja, melakukan renovasi villa tersebut. Pemilik baru villa itu mahu mengubah beberapa bahagian yang tidak menepati citarasanya. Tengah hari tadi, tuan rumah datang dan membebel kerana ada kesalahan dalam susun atur ruang, menyebabkan mereka terpaksa membuat pembetulan dan kerja pembinaan mengambil masa lebih lama dari biasa.
Dalam hati kecilnya, Parjo sebenarnya mahu mengintai gadis-gadis itu, mana tahu kalau bertuah dapat lihat mereka mandi atau menukar pakaian, tetapi dia cepat-cepat tersedar dan mengingatkan dirinya pada isteri dan anak-anak yang berada di Indonesia, tujuannya datang ke Malaysia adalah untuk mencari nafkah dan rezeki untuk keluarganya, lantas dia terus membuang niat jahat itu.
Dia kemudian memeriksa hasil kerja hari itu sambil berbual santai bersama dua pekerjanya. "Haa, macam ni lah baru betul ikut kehendak si tua cerewet tu. Harap-harap esok dia tak membebel lagi macam tadi," katanya sambil memerhati kerja yang telah disiapkan.
"Bahagian ni nak dilapik marmar lagi ke bos?" tanya si kurus.
"Lapik sajalah. Takut nanti dia bising lagi." jawab Parjo.
"Dah siap, Mat! Aku tak ambil masa lama kan? Nah, pergi mandi sana!" si muka berparut keluar dengan tuala tergantung di bahunya.
"Cepat betul kau mandi kali ni. Apa, ada pontianak dalam bilik air ke?" usik si kurus berkumis yang bernama Mamat.
Mamat baru sahaja mahu melangkah masuk apabila tiba-tiba, gadis dari villa seberang itu melambai dan memanggil ke arah mereka. Keempat-empat mereka sempat berpaling kiri dan kanan kerana tidak menyangka ada orang lain memanggil.
Gadis itu kemudian melintasi jalan kecil yang memisahkan villa dan mendekati mereka. "Boleh tolong turunkan barang dari bonet tak, Abang-abang? Agak berat juga untuk kami angkat," tanya gadis yang memandu tadi, masih berpakaian seperti sebelumnya kecuali kaca mata hitamnya yang sudah ditanggalkan.
"Eh, boleh, boleh sahaja, Cik! Takde masalah!" jawab Parjo dengan pantas sambil menawarkan diri.
Maklumlah, gadis di hadapannya itu benar-benar menawan, cantik dan montok, bahkan jauh lebih menarik berbanding gadis-gadis di kampung itu. Seolah-olah seperti di kerbau dicucuk hidung, mereka berempat mengekori gadis seksi itu ke villa seberang.
"Cik-cik semua ni sedang bercuti di sini ke?" Mamat cuba memulakan perbincangan, matanya tidak lepas memerhati tubuh montok gadis itu.
"Cik punya villa ke ni?" tanya Parjo, dan gadis itu mengangguk sebagai jawapan.
Aroma harum minyak wangi mahal menyeruak dari tubuh gadis itu, cukup menggoda dan membangkitkan nafsu. Ketika lengan kekar Parjo bersentuhan dengan lengan halus si gadis, dia hanya mampu bersyukur dalam hati.
"Ya Allah, licinnya... macam sutera betul," bisiknya dalam hati.
Si muka berparut dan Amin yang berjalan di belakang terus memperhatikan lenggok punggung gadis itu yang pejal dan padat di sebalik seluar pendek ketatnya itu. Tangan mereka terasa gatal ingin mengusap, tetapi terpaksa menahan, takut dimarahi.
"Yang ini ya bang. Dalam ni bahan-bahan makanan untuk barbeque dan peralatan masak. Tolong ya, bang!" pinta gadis itu dengan manja sambil menunjuk sebuah kotak plastik selepas membuka bonet.
"Oh, ini mudah sahaja, Cik. Mari sini, abang tolong angkat kan!" Dengan sekali angkat, kotak itu sudah berada dalam pelukan Parjo.
"Terima kasih ya, bang. Jom masuk ke dalam!" Gadis itu mengucapkan terima kasih dengan senyuman manis sambil menutup bonet kereta.
Sekiranya keempat-empat mereka peka dan tidak hanya fokus pada kejelitaan dan kemontokan tubuh gadis itu, pasti mereka akan perasan tompokan darah dan cebisan rambut manusia di bawah karpet bonet kereta tersebut.
Namun segalanya sudah terlepas, kini mereka sudah mengikut gadis itu masuk ke dalam villa dengan perasaan dan hati berbunga, kalau dapat berkenalan pun sudah cukup, kalau diberi kopi pun syukur.
"Letak sini je, bang!" arah gadis itu kepada Parjo untuk meletakkan kotak itu di atas meja dapur. "Terima kasih ya. Abang-abang semua nak minum apa?"
"Apa-apa pun boleh, Cik, hehe. Air kosong pun tak apa. Bantu sikit ni pun kita dah gembira!" jawab Amin dengan nada gugup. Gadis itu menjemput keempat-empat mereka duduk di ruang tamu. Mereka terpaku kagum melihat rekaan dalaman dan perabotan villa yang elegan.
"Hai... apa khabar!" sapa seseorang dari ruang tengah sebaik mereka masuk.
Rupanya gadis kacukkan Malaysia - Australia tadi sedang menonton TV sambil berbaring di sofa. Dia segera membetulkan duduknya dan mempelawa mereka mengambil duduk. Bahasa Melayu nya cukup fasih meskipun masih ada slang luar, seolah-olah sudah lama tinggal disini.
"Wah bos... macam masuk syurga hari ni ya, dikelilingi bidadari cantik." bisik Mamat kepada Parjo. Sebaik dipelawa duduk, si muka berparut dengan pantas mengambil tempat di sebelah gadis kacuk kan itu.
"Kurang ajar betul kau, aku dah nak duduk situ, kau pulak cepat ambil!" rungut Mamat dalam hati. Yang lain juga mengambil tempat masing-masing.
Mereka mula berbual ringan sambil mata tak berkelip memandang si gadis mat saleh itu. Mana mungkin lelaki normal tidak tergoda melihat gadis cantik berambut perang sebahu dan mata hijau memukau. Gaun mini yang dipakainya memperlihatkan paha mulus dan dada terbuka lebar menonjolkan belahan dadanya.
"Erm, nama cik ni siapa?" tanya Parjo.
"Samantha... panggil je Sam!" jawab gadis itu dengan ramah. Gayanya tenang, seakan tidak kekok untuk duduk bersama para buruh yang memandang tubuhnya penuh nafsu.
"Silakan, Abang. Minum teh dulu!" Gadis pemilik villa itu datang membawa empat cawan teh panas dengan dulang.
"Terima kasih, Cik. Padahal kita cuma tolong sikit je ni!" kata Amin.
Anak tekak Mamat dan Parjo naik turun melihat belahan buah dada gadis itu ketika dia menunduk meletakkan cawan di depan mereka.
Parjo memperkenalkan rakan-rakannya kepada kedua gadis itu. Mamat si kurus berkumis berusia 37 tahun, yang muka berparut dan bertubuh pendek itu berusia 40 tahun bernama Ghazali, serta Amin yang berumur 51 tahun, sebaya dengan Parjo, namun rambutnya sudah memutih dan menipis. Kulit mereka yang gelap dan kasar begitu kontras dengan gadis-gadis yang cantik dan berkulit cerah halus di ruang itu.
Gadis itu lalu duduk di sofa tunggal berseberangan dengan Samantha dan Ghazali. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Nabila (21 tahun), pelajar psikologi dari sebuah universiti swasta di ibu kota. "Kawan saya ni sekampus juga, cuma lain fakulti," katanya, memperkenalkan Samantha.
"Oh, Cik Sam dari fakulti apa pula?" tanya Ghazali.
"Umm... saya fakulti seni bina. Kerja kami lebih kepada lakaran reka bentuk rumah," jawab Samantha dengan slang melayu-australianya.
"Seronok lah, Cik, bercuti di tempat yang tenang dan mewah macam ni. Buat otak segar balik, hehe," kata Amin.
"Tadi macam nampak ada empat orang, kan, Cik? Yang lain tengah buat apa?" tanya Mamat.
"Tengah mandi tu, nampaknya. Penat sangat sepanjang hari dalam perjalanan,," jawab Nabila sambil menunjuk pintu tertutup di belakangnya.
Keempat-empat lelaki itu terdiam sejenak, lidah kelu, masing-masing meneguk teh sambil membayangkan tubuh-tubuh telanjang sedang disirami air di sebalik pintu bilik air itu.
"Sam, don't you feel he looks like he wants to eat you?" kata Nabila sambil tersenyum nakal kepada temannya.
"Yeah... their eyes have told it, also to you," jawab Samantha.
"I'm sure they will 'do' us, if they stay here longer," Nabila membuat tanda petik dengan jari tengah dan telunjuknya.
"Hai, tengah cakap pasal apa tu? Pakai Bahasa Inggeris pula, sengaja tak nak bagi kami faham lah tu?" tanya Parjo.
"Ada lah, urusan perempuan. Tak payah tahu pun tak apa, hehe..." jawab Nabila dengan senyuman nakal.
"Betul, bukan benda penting pun. Jom, sila minum," Samantha mengalihkan perbincangan.
Tiba-tiba pintu di belakang Nabila terbuka dan keluar seorang gadis yang memakai kimono kuning, tuala masih melilit rambut di atas kepala. Dia adalah gadis yang menerima kunci yang dilemparkan Nabila sebentar tadi.
"Eh, ada tetamu rupanya?" Gadis itu agak terkejut melihat ruang tengah penuh dengan orang.
"Mereka yang buat kerja binaan villa seberang tu. Tadi abang-abang ni lah yang tolong angkat kotak makanan kita," Nabila memperkenalkan. "Haa, ni Sarah, kawan universiti kami jugak."
"Hai," Sarah menyapa sopan sambil melempar senyuman manis.
Keempat-empat pasang mata lelaki terpaku memandang Sarah. Wajahnya sudah bersih tanpa solekan kerana baru selesai mandi, namun kecantikannya tampak sangat asli dan natural. Kimononya tergantung kira-kira sepuluh sentimeter di atas lutut. Pandangan nakal mereka membuat Sarah sedikit gelisah, tapi dia berbuat seperti biasa dan tetap ramah.
"Maaf ya, Cik. Boleh saya ke tandas sekejap?" Amin bangun, berniat ke bilik air.
"Eh, jangan guna yang ni, bang. Ada orang kat dalam," kata Sarah. "Mari saya bawa ke tandas yang lain."
"Maaf ya, Cik. Jadi menyusahkan pula," kata lelaki setengah baya itu, dalam hati gembira kerana berpeluang untuk berdua dengan gadis ayu itu.
Amin meminta diri untuk mengikuti Sarah ke tandas.
"Have a good time, baby!" kata Samantha sambil tersenyum kepada rakannya.
"You too, girls," balas Sarah sambil mengenyitkan mata dan menepuk bahu Samantha ketika melintas di sebelahnya.
-bersambung -897Please respect copyright.PENANAl2sULSJazR
897Please respect copyright.PENANAetTM5Lij49


