"Iskandar. Kamu nampak kan gunung di depan tu? Disanalah Puncak Ledang. Maktab Al Qalam terletak di atas Puncak Ledang sana. Ayah kamu belajar dengan pendeta Megat Al Qayyum pada masa dulu. Tapi dia dah tersilap langkah." Zulkarnain Shah bercerita.
431Please respect copyright.PENANAdb5AhI3ppw
" Ayah saya juga pernah datang ke Puncak Ledang?" Soal Iskandar.
431Please respect copyright.PENANAy14Xc1kJfR
"Barangkali pernah datang. Tengok, ada tugu disini. Inilah arah laluan untuk mendaki Puncak Ledang. Kita berehat dulu sebelum mula mendaki." Kata Zulkarnain Shah.
431Please respect copyright.PENANAvGKKon8M9I
"Keldai tak guna. Kau tak dengar cakap aku ke? Aku pukul kau. Aku pukul kau." Iskandar menampar-nampar punggung keldai yang ditunggangnya.
431Please respect copyright.PENANAunMfZSMKT8
"Kamu nak merungut pada Pak long ke? Ingat Pak long tak tau perangai kamu? Lepaskan geram pada keldai pula. Dah cepat turun dan makan." Zulkarnain Shah menggelengkan kepala melihat telatah anak asuhannya itu.
431Please respect copyright.PENANAwjUs8roD7q
Iskandar hanya menurut. Segala helahnya tidak berguna lagi. Pakciknya itu sudah nekad untuk menghantarnya ke Puncak Ledang.
431Please respect copyright.PENANAqhph77zERO
" Betulkah pendeta Megat Al Qayyum ialah tok guru ayah saya?" Soal Iskandar.
431Please respect copyright.PENANAMvBNoKeJUq
"Ya" Zulkarnain Shah menjawab pendek sambil menghulurkan makanan pada anak asuhannya itu.
431Please respect copyright.PENANAX6opxk2Ewl
"Saya taknak jadi pendeta." Kata Iskandar.
431Please respect copyright.PENANAPtluwrkGJD
"Siapa yang suruh kamu jadi pendeta?" Soal Zulkarnain Shah pula.
431Please respect copyright.PENANAwDGJJ7mjmI
"Betulkah mak long bermusuh dengan ayah saya?" Soal Iskandar lagi.
431Please respect copyright.PENANAUiGumxLaka
"Susah Pak long nak jelaskan. Kamu masih kecil. Pak long akan ceritakan tentang ayah kamu bila kamu dah dewasa." Zulkarnain Shah menghela nafas. Dia sendiri tidak bersedia untuk memceritakan perkara sebenar.
431Please respect copyright.PENANAnDYiXgsPyf
"Ayah saya tu macam mana? Kenapa semua orang tak suka dia?"soal Iskandar lagi.
431Please respect copyright.PENANA4WYWJGdGds
Zulkarnain Shah hanya mendiamkan diri. Dia mengambil bekas minuman dan meneguknya.
431Please respect copyright.PENANACu9kg96jFb
" Saya tahu. Pak long dan mak long yang bunuh ayah saya kan? Betul tak?" Soal Iskandar tiba-tiba.
431Please respect copyright.PENANAEcDfGaHo9O
Zulkarnain Shah yang terkejut, menghempaskan bekas minuman itu sehingga pecah.
431Please respect copyright.PENANAuoHEm3qHeg
"Diam! Siapa yang ajar kamu cakap macam tu? Bagitau Pak long, siapa yang cakap?" Marah Zulkarnain Shah.
431Please respect copyright.PENANA08Mxx1dB6F
" Saya...saya teka sendiri." Iskandar tidak berani mengangkat wajah.
431Please respect copyright.PENANAzGNuXsPm4r
"Pak long dah cakap, Pak long akan ceritakan bila kamu dah dewasa. Tapi bukan sekarang. Sudah. Habiskan makanan kamu. Kita daki sekarang." Arah Zulkarnain Shah.
431Please respect copyright.PENANASrRzd4WBMh
*****
431Please respect copyright.PENANAeqFFAnkhKC
Setelah hampir dua jam mendaki, Zulkarnain Shah dan Iskandar Zulkarnain telah sampai ke atas Puncak Ledang. Namun, Maktab Al Qalam masih lagi belum dijumpai.
431Please respect copyright.PENANAl0JhWlWuPw
"Pak long...dah lama kita berjalan ni. Mana tempat tu? Kenapa belum jumpa lagi?" Kata Iskandar Zulkarnain yang tercungap-cungap mengambil nafas.
431Please respect copyright.PENANAC66pztovEY
"Kamu dah letih?" Soal Zulkarnain Shah.
431Please respect copyright.PENANAiHSjxd5onl
"Belum lagi." Jawab Iskandar Zulkarnain yang kini telah membongkokkan badannya menahan mengah.
431Please respect copyright.PENANAEeP03vxvFo
"Degil lagi. Mari. Biar Pak long dukung." Zulkarnain Shah mengangkat anak asuhannya dan diletakkan diatas bahu.
431Please respect copyright.PENANAIGJKrWbv7Y
"Hehe..tapi macam ni lebih selesa." Iskandar Zulkarnain tersengih.
431Please respect copyright.PENANAcPVBncY4YL
Dari kejauhan, Zulkarnain Shah terdengar suara riuh rendah seperti orang sedang berlawan. Dia kemudiannya mengisyaratkan supaya Iskandar Zulkarnain tidak bersuara. Mereka berdua bersembunyi disebalik batu besar. Kelihatan seperti Maktab Al Qalam sedang diserang oleh pihak musuh.
431Please respect copyright.PENANAl2fmMSRhhT
"Iskandar,kamu tunggu disini. Pak long nak tengok apa yang berlaku." Kata Zulkarnain Shah.
431Please respect copyright.PENANAWjWRC07L5H
"Pak long. Hati-hati." Pesan Iskandar Zulkarnain.
431Please respect copyright.PENANA2oDfZ7r3M1
Zulkarnain Shah kemudiannya mula mendekati perkarangan Maktab Al Qalam. Kelihatan para pengikut disitu sedang sibuk berlawan. Baru sahaja dia ingin masuk ke kawasan pintu gerbang, kelihatan beberapa pengikut Al Qalam sedang menunggunya. Zulkarnain Shah cuba bertenang dan berlagak seperti biasa, memberitahu yang dia datang dengan aman.
431Please respect copyright.PENANA3nHPnuN8MJ
" Salam sejahtera para pendeta semua. Saya adalah Zulkarnain Shah dari Pulau Temasik. Saya ingin berjumpa dengan Tuan Guru Megat Al Qayyum." Zulkarnain Shah memperkenalkan diri.
431Please respect copyright.PENANAvrIU2xKn11
"Lelaki miang! Kamu tak dialu-alukan disini!" Para pendeta Al Qalam berkata sambil mula mengeluarkan keris mereka.
431Please respect copyright.PENANATY5dCbcmYG
Kemudian, kelihatan seorang lagi pendeta yang kelihatan seperti ketua datang menghampiri. Zulkarnain Shah segera memberi salam tanpa mengendahkan kedinginan sambutan yang diberi.
431Please respect copyright.PENANAnHNeY37TFl
"Nama saya Zulkarnain Shah. Mungkin tuan telah salah faham. Saya ingin berjumpa dengan Tuan Guru Megat Al Qayyum. Dia tahu tentang kedatangan saya ke sini." Zulkarnain Shah menerangkan.
431Please respect copyright.PENANAe3lYM4rbsB
"Lelaki miang. Setiap orang yang datang menceroboh ke Puncak Ledang akan dihukum! Kamu tidak akan dilepaskan!" Kata Raden Mas Arya, lelaki yang kelihatan seperti ketua tadi.
431Please respect copyright.PENANAsSUmyWQlHC
Raden Mas Arya mengeluarkan kerisnya.
431Please respect copyright.PENANA1WzR0kGKdN
"Serang!" Jerit Raden Mas Arya.
431Please respect copyright.PENANAVc53PQMrPe
Semua anak buahnya mula mengepung Zulkarnain Shah. Mereka kemudiannya menyerang secara serentak. Zulkarnain Shah yang sudah bersedia mula mengatur langkah. Kelihatan mereka semua sudah nekad untuk mengalahkannya. Zulkarnain Shah dengan tangkas menahan setiap serangan.
431Please respect copyright.PENANAfVMOOHTXwV
Sedang Zulkarnain Shah sedang bergelut, Raden Mas Arya mengambil kesempatan dengan melakukan serang hendap dari atas. Dia melompat tinggi keudara lalu menghunuskan kerisnya. Zulkarnain yang perasan serangan hendap itu melompat tinggi lalu menghayunkan satu tendangan tepat kearah dada Raden Mas Arya. Raden Mas Arya yang tidak sempat mengelak terpelanting jauh lalu tersungkur keatas tanah.
431Please respect copyright.PENANAcRyLmA32wz
"Tok guru!" Para pendeta medapatkan ketua mereka.
431Please respect copyright.PENANAfDG54JRk8o
"Jangan bagi dia lepas!" Raden Mas Arya yang sudah tercedera itu mengarah.
431Please respect copyright.PENANAuXMLuqDvhw
Zulkarnain Shah tiada pilihan. Dia langsung tiada niat untuk mencederakan para pendeta ini. Zulkarnain Shah mengundurkan diri dan menuju kedalam untuk berjumpa dengan Tuan Guru Megat Al Qayyum. Para pendeta terus memgejarnya.
431Please respect copyright.PENANAO7uoxv9iEA
Zulkarnain Shah memasuki ke ruang utama Maktab Al Qalam. Disitu, lebih ramai pendeta sudah menunggunya. Zulkarnain Shah sudah tidak mampu untuk melarikan diri. Dia terpaksa mempertahankan dirinya.
431Please respect copyright.PENANAQdrGMZiBWD
"Berhenti!" Terdengar suara dari arah belakang.
431Please respect copyright.PENANAnwUI5O0wCu
Kelihatan lima orang pendeta tua memasuki ruang utama itu. Semua pendeta disitu menunduk hormat. Zulkarnain Shah berasa lega.
431Please respect copyright.PENANAnYvOBs9g4h
"Tuan Guru. Saya Zulkarnain Shah, anak murid Tuan Guru datang" Zulkarnain Shah melutut dan memberi salam hormat.
431Please respect copyright.PENANA8WJl6AOxAg
"Sila bangun." Kata Tuan Guru Megat Al Qayyum.
431Please respect copyright.PENANAmR4yhK8mSc
" Saya dah terlambat datang. Harap Tuan Guru dapat maafkan saya." Kata Zulkarnain Shah.
431Please respect copyright.PENANAG8NAiTlp3y
"Zulkarnain, tepat masanya kamu datang. Maafkan mereka semua kerana sudah tersalah sangka." Tuan Guru Al Qasar, berkata.
431Please respect copyright.PENANAMjnHizI6g2
Tuan Guru Al Qasar adalah salah seorang dari mahaguru di Maktab Al Qalam. Dia juga merupakan rakan lama Zulkarnain Shah, sewaktu mereka berdua menjadi pelajar disitu.
431Please respect copyright.PENANAIGGieV2p0v
"Tuan Guru. Saya naik ke Puncak Ledang hari ini, tapi, para pendeta disini menyerang saya, malah memanggil saya lelaki miang pula. Saya keliru, apa yang berlaku sebenarnya." Ujar Zulkarnain Shah.
431Please respect copyright.PENANAgBPlIy8Zhv
Tuan Guru Al Qasar tertawa mendengar cerita rakannya itu.
431Please respect copyright.PENANA5zA8XDSzEH
"Maktab Al Qalam telah diserang oleh orang Majapahit. Sebab itu Raden Mas Arya telah tersalah anggap menyerang kamu." Ujar Tuan Guru Al Qasar.
431Please respect copyright.PENANAVTIHUswPCG
"Putera Majapahit, Dimas Adipati dan orang-orangnya telah datang menyerang Maktab Al Qalam disebabkan seorang gadis. Dimas Adipati ingin memperisterikan Tuan Puteri Rania. Dia dapat tahu, Maktab Al Qalam ini bersempadan dengan Kubur Mayat Hidup, tempat tinggal Tuan Puteri Rania. Putera Majapahit itu akan datang setiap tahun untuk berjumpa dengan Tuan Puteri Rania." Tuan Guru Al Qasar memceritakan hal sebenar.
431Please respect copyright.PENANAGZeWrQV98z
" Tiada siapa yang pernah lihat Tuan Puteri Rania, sebab dia tidak mahu berjumpa dengan orang luar. Disebabkan hal ini, ramai orang telah tersalah anggap yang Tuan Puteri Rania sebagai Puteri Puncak Ledang, kekasih kepada Dato Laksamana Hang Tuah." Tuan Guru Al Qalam pula memberitahu.
431Please respect copyright.PENANA9OWZgEi8X4
Zulkarnain Shah mula memahami cerita sebenar. Itu juga kali pertama dia mendengar berita tentang kewujudan Puteri Rania.
431Please respect copyright.PENANABKrb4ByFsZ


